Kelas E-Learning - Latihtubi.com
4 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 02 dan 03 Februari 2018, telah diadakan satu kelas E-Learning: Latihtubi,com yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 3 yang merupakan calon PT3 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi (SMKBKT). Tujuan Kelas E-Learning: Latihtubi,com ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran secara atas talian. Manfaat yang akan diperolehi di dalam Kelas E-Learning ini, mereka mengetahui cara untuk membuat latihan secara atas talian dengan menggunakan internet sebagai sumber rujukan.
Di dalam kelas pada kali ini, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuat pendaftaran. Sebelum memulakan pendaftaran,mereka perlu memiliki akaun Google mail bagi melancarkan proses pendaftaran. Selepas berjaya membuat pendaftaran, mereka boleh mengemaskini profil maklumat diri didalam ruangan yang disediakan. Seterusnya, mereka boleh membuat ulangkaji dan latihan yang telah disediakan. Dengan adanya kemudahan internet ini, akan memudahkan mereka untuk mencari pelbagai jenis latihan yang berkaitan dengan PT3. Selain itu, mereka juga boleh melihat tahap kefahaman mereka dalam sesebuah subjek selepas selesai membuat latihan di latihtubi.com dengan melihat jumlah markah yang di perolehi. Dengan ini, pembelajaran di atas talian ini sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman pelajar jika ianya digunakan dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: